Thursday 12 April 2012

REFLEKSI PROJEK AKHIR

REFLEKSI
NAMA            : MARIA BINTI TATIONO
NO. I/C           : 840518-01-5904
NO.MATRIK : 20111920520007
KURSUS      : DPLI-SR BM(A)
            Alhamdulillah syukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izinNya dapat saya menyiapkan projek akhir bagi subjek ini. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Puan Mimma Sayuti Binti Mat Khalid kerana sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar yang baik kepada saya dalam melaksanakan projek akhir ini. Pada mulanya saya rasa agak sukar untuk melaksanakan tugasan ini           kerana saya tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam bidang ICT dan Multimedia.
Namun begitu, setelah puan mengambil alih kelas bagi subjek ini, saya telah menerima banyak pendedahan tentang pelbagai teknologi multimedia yang boleh digunakan dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Terdapat pelbagai jenis teknologi multimedia yang boleh digunakan untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik dan mudah. Hasil daripada tugasan projek akhir ini, saya telah mempelajari pelbagai jenis web yang boleh digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran misalnya Glogster, Blog, Kubbu dan sebagainya. Blog adalah jurnal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep blog adalah sama seperti buku diari harian. Terdapat tiga jenis blog iaitu Business, Personal dan Contents Blog.
Kumpulan saya telah mengaplikasikan web personal blog ke dalam projek akhir ini. Setelah melaksanakan tugasan ini secara amali saya dapat memahami dengan lebih jelas tentang kepentingan, kegunaan dan faedah pengaplikasian Blog, Glogster dan Kubbu dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui pengaplikasian Blog saya dapat membina  link dengan rangkaian web yang lain. Selain itu, saya boleh upload nota ke dalam blog untuk dijadikan sebagai bahan rujukan kepada murid.
Selain daripada itu, glogster merupakan platform pendidikan global yang utama untuk mengungkap pengetahuan dan kemahiran secara kreatif di dalam dan di luar kelas. Ia sangat mudah difahami, sesuai, menyeronokan untuk pelajar dari semua peringkat usia dan gaya pembelajaran. Ia menggunakan teks, gambar, video, grafik, audio, lukisan dan lampiran data. Semua yang terdapat dalam RPH saya aplikasikannya ke dalam glogster. Manakala web Kubbu juga digunakan untuk menyediakan soalan latihan kepada murid. Dengan pengaplikasian ini pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan.
Hasil tugasan ini memberi banyak faedah kepada saya dalam membuat perancangan penganjaran harian. Saya akan cuba mengaplikasikannya ketika mengajar nanti. Diharap dengan pengaplikasian web ini, aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya nanti akan menjadi lebih mudah dan berkesan serta dapat menarik minat dan perhatian murid terhadap pelajaran. Oleh itu, terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Puan Mimma Sayuti binti Mat Khalid kerana dengan kesungguhan puan dalam perkongsian ilmu, idea, pengetahuan dan kemahiran yang puan ada berkaitan pelbagai teknologi ICT kepada saya dan juga rakan-rakan yang lain, dapatlah saya meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam ICT ini. Saya akan cuba menerokai pelbagai lagi jenis web-web terkini yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment