Thursday 12 April 2012

RPH PROJEK AKHIR TP

Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Tahun 2

TEMA
KEBUDAYAAN
TAJUK
Budaya Kita


FOKUS UTAMA
Standard Kandungan
1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Standard Pembelajaran
1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul menggunakan ayat majmuk

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat :
  1. Mendengar  dari bahan untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bahasa.
  2. Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dan secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal.
PENGISIAN
Ilmu : Budaya masyarakat malaysia
Nilai : Rajin, Keyakinan diri, kerjasama
KBT: Kecerdasan pelbagai,
Kontektual
EMK : Kreatif dan inovasi
SISTEM BAHASA
Tatabahasa : Kata nama, kata kerja
Kosa kata : Koci, lempeng, keria, baulu, tepung pelita, kuih lapis, apam
MEDIA
Kad perkataan, kad gambar
                                                      


STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN
Langkah 1

1.   Guru memaparkan dan memperdengarkan kepada murid video dokumentari tentang kuih muih tradisional

2.  Murid diberi peluang untuk mendengar, memerhati dan memahami dialog perbualan dalam video dokumentari.

3.  Guru bersoal jawab tentang video tersebut dan kaitannya dengan kuih tradisional.

Contoh soalan :
i.    Apakah nama kuih tradisional itu?
ii.   Apakah bahan yang digunakan untuk membuat kuih tersebut?
iii. Bagaimana cara membuatnya?





Ilmu : Sains
Nilai : menghargai
EMK: Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Persediaan)



Media : tayangan video
Langkah 2
1.  Guru memperdengarkan lagu ‘Kuih Oh Kuih’
2.  Guru meminta murid menyebutkan nama-nama kuih yang disebutkan dalam seni kata lagu tersebut sambil mempamerkan kad gambar kuih tersebut.
3.  Guru mencatatkan nama-nama yang telah disebutkan oleh murid dan membimbing murid menyatakan cara kuih dimasak sama ada digoreng, rebus, bakar atau kukus.


Ilmu: Pendidikan Muzik
Nilai: rajin
EMK: Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Imaginasi)


Lampiran 1
Latihan cara kuih dimasak
Langkah 3
1.  Guru membimbing murid membaca seni kata lagu yang dipaparkan.
2.  Murid membaca senikata lagu secara individu dan kumpulan dengan sebutan yang betul.
3.  Murid dibimbing menyanyikan lagu ‘kuih Tradisional’ berpandukan seni kata lagu yang dipaparkan.
4.  Murid diminta membaca secara bergilir-gilir nama-nama kuih yang telah dicatat dengan sebutan yang betul dan mengkategorikannya dalam kumpulan kuih manis atau pedas.


Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Menghargai
KBT: Kreativiti dan Inovasi
(Fasa Tindakan)

Langkah 4
1.  Murid membaca semula nama-nama kuih dalam seni kata lagu yang dipaparkan oleg guru.
2.  Murid dalam kumpulan kecil berbincang dan memikirkan cara mengubah suai rasa atau bentuk kuih mengikut kreativiti mereka.
3.  Murid membentangkan hasil kerja kumpulan mereka.

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Keyakinan diri
EMK : Kreativiti dan Inovasi (Frasa Tindakan)

Pentaksiran
1.  Murid membaca dialog yang disediakan dengan sebutan dan intonasi yang betul.
2.  Murid menjawab beberapa soalan pemahaman berdasarkan dialog yang telah dibaca.


Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : keyakinan diri
KB: menjana idea
KBT: BCB

Pemulihan
1.  Guru membimbing murid membaca nama-nama kuih

Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : Rajin
KBT : BCB

Pengayaan

1.  Murid membaca frasa-frasa yang terdapat dalam lembaran kerja yang diberi.
2.  Murid mengkategorikan cara-cara kuih dimasak mengikut jenis.


Ilmu : Kajian Tempatan
Nilai : berdikari
KBT : BCB
KB- Menjana idea















No comments:

Post a Comment